Kamis, 11 Agustus 2022

Kisah Ainul Mardhiyyah


Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (di dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya barang siapa yang keluar di jalan Allah dan ia syahid, maka dia akan dianugerahi seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda sangat ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia merasa malu untuk bertanya kepada nabi dan pada para sahabat yang lain. Namun dia tetap termasuk sebagai salah seorang yang akan keluar berperang.

Sebelum dhuhur Rasulullah akan tidur sebentar, maka para sahabat pun turut tidur termasuk pemuda tersebut juga turut tidur sebelum dhuhur.

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ia bertanya dimanakah dia, lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya suatu arah maka berjalan dia di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikannya di dunia ini. Lalu ia memberi salam dan bertanya Andakah Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab tidak… saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgasananya.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan melihat ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berlipat-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan ditanya lagi apakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, “Tidak saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana”. Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata yang kecantikkannya sungguh mengagumkan. Lalu dia sampai di satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berlipat-ganda cantiknya dari yang pertama dan berlipat-ganda catiknya dari yang kedua dan tak pernah dia lihat di dunia. 

Lalu wanita itu berkata, “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku”.  Ketika lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, “Sabarlah, kamu belum syahid, sebentar lagi kita akan bertemu” Tersentak pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan semuanya kepada sahabat lain, namun dia berpesan agar jangan menceritakannya kepada Nabi SAW. Tapi sekiranya dia shahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda tesebut bersama-sama dengan jamaah berikut  Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jamaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa mereka menunggu makanan untuk berbuka (menunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi  berdiri dan mendekati Nabi SAW seraya menceritakan kisah sahabat nabi yang shahid tadi. Ketika mendengar cerita itu nabi menjawab benar… benar … benar… sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga…Subhanallah…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar