Minggu, 28 November 2021

Diet Tinggi Serat untuk Anak



Anak-anak mengalami sembelit dan pergerakan usus yang kurang sempurna. Pikirkan diet mereka, sudahkah anak-anak Anda mengambil makanan yang mengandung serat atau fiber yang mencukupi?

Bagaimana cara menambah serat di dalam diet anak-anak yang sedang membesar. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah serat anak Anda.

  1. Perkenalkan diet campuran, contohnya sup sayur atau sayur masak lemak yang sangat digemari kebanyakan anak-anak. Hidangkan juga buah-buahan segar dan libatkan juga mereka dalam penyediaan hidangan.
  2. Sediakan biskuit atau kue-kue yang diubah sesuai resepnya dengan mengurangkan lemak dan gula, serta menambah tepung penuh bijirin. Jangan lupa libatkan anak-anak dalam membuatnya. Dengan cara itu Anda dapat melatih mereka dalam penyediaan makanan sehat dan mereka juga akan menikmatinya.
  3. Jika ingin bekalkan makanan ringan atau sampingan, sediakan yang berkhasiat dan merupakan tambahan untuk memenuhi keperluan zat harian mereka. Contohnya, potongan buah-buahan seperti betik, tembikai, jampul, epal, oren dan sebagainya. Anda juga boleh menyediakan salad menggunakan dadih rendah lemak berbanding mayonis; cucur, jemput-jemput, roti atau biskut yang dibuat dengan tepung penuh bijirin.
  4. Pastikan buah-buahan yang dibekalkan adalah daripada jenis yang tidak mudah masam atau busuk seperti pisang. Anda juga boleh beri mereka buah-buahan kering yang dicampur dengan keripik pisang yang tidak manis, ubi atau kacang-kacangan.
  5. Apabila makan di luar, seperti  ke restoran makanan segera, jangan hanya memesan makanan bergoreng saja, pilih juga makanan tinggi kandungan serat seperti yang mengandung sayur-sayuran, buah-buahan atau bijirin penuh mil. Makanan Cina, India dan Barat menawarkan hidangan yang tinggi serat, contohnya, capati dan dal, mie sup atau spageti yang terbuat dari gandum. Jika anak Anda mengalami masalah berat badan berlebihan, pertingkatkan kandungan serat dalam diet mereka. Ini karena serat akan menyebabkan kita berasa kenyang. Makanan tinggi serat juga akan berada lebih lama di dalam usus dan menyerap air serta mengelakkan dari sembelit. Apa pun Anda juga perlu tahu, makanan yang tinggi kandungan seratnya sering kali mengandung kalori yang rendah serta menyebabkan rasa kenyang yang lama. Sedangkan anak-anak memerlukan banyak tenaga yang dibekali dari makanan yang mereka ambil. Jadi pengambilan kalori perlu diseimbangkan dengan makanan berserat tinggi.

Sarapan berserat tinggi untuk anak Anda:

  • Capati dengan dalca berbanding roti canai.
  • Bijirin dengan susu skim.
  • Mie rebus dengan sayuran.
  • Bubur lambuk dengan sayuran atau ikan bilis tanpa dibuang tulang.
  • Roti penuh bijirin; disediakan sandwic dengan sayuran atau dibakar serta dihidangkan bersama jus buah-buahan segar tanpa gula.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar